Selamat Tinggal penanda buku. Helo, Web Clipper.

Klip halaman web sambil anda menyemak imbas. Simpan kesemuanya dalam Evernote. Cari apa-apa yang anda sudah kumpul dengan cepat.

Butang simpan untuk web

Apabila anda menemui sesuatu yang bagus, klip item tersebut. Setiap artikel penyelidikan, pengesahan perjalanan dan inspirasi dikumpulkan dalam Evernote selama-lamanya. Susun dan carinya pada mana-mana peranti.

Tonton Video

Tarik perhatian dan hantarnya kemudian

Klip sesuatu yang penting untuk dikongsi? Hantarnya terus daripada Web Clipper. Sebelum anda lakukannya, serlahkan bahagian penting atau tambah petak bual teks dan visual supaya orang lain boleh melihat apa yang anda rujuk.

Laman kegemaran anda, dirakam dengan sempurna

Web Clipper sesuai digunakan di mana-mana sahaja. Namun ia paling sesuai digunakan semasa mengklipkan daripada Gmail, LinkedIn, YouTube dan Amazon. Pilih apa yang anda suka, kemudian simpannya sebagai nota yang bersih dan bebas selerak.